Friday, February 24, 2012

crying in happiness

dalam pada waktu ini, pada hujung-hujung minggu begini, kebanyakkan orang sudah mempunyai plan untuk dilakukan. Ada yang berjalan-jalan bersama family, menghabiskan masa bersama teman-teman, dan bagi mereka yang sudah berpacaran pula sudah semestinya tidak sabar-sabar menunggu hari hujung minggu begini. Mereka melakukan rutin yang biasa bagi orang-orang kita. Gembira.

Aku? Hmm..Apa yang aku buat di sofa yang begitu asing bagiku ini? Nak dekat 3 jam aku fikir. Jawapannya tetap sama..*buntu*. Nasib baik la uncle ni ada untuk menjadi temanku berborak. agaknya dia pun pelik tengok aku duduk tak bergerak-gerak dari tadi. Hahaha... Siap serve kan aku teh panas lagi...hehe..tankiuu uncle yang sopan santun lagi lemah gemalai.

Hmm, manalah dia ni. Takut untuk melakukan langkah yang seterusnya selepas kejadian pagi tadi. Oh, aku kini begitu sangat berhati-hati untuk melakukan dan bersuara tentng sesuatu. Bukan apa, hatiku juga perlu aku ubati sendiri.

Apa yang akan terjadi nanti ye? Aku sukar meramal. Kenapa setiap kali perbuatanku akan mengundang musibah? Tidak terjangka aku untuk berhadapan dengan masa depan lagi..haishh.

Sudah pun pukul 3 petang. Apa lagi yang aku nantikan? Di mana dia? Aku dah penat menunggu. Adoii..perut pun dah bunyi-bunyi ni... hmmm..

Memang bagus plan dulu sebelum membuat sesuatu. Tetapi, planning jugalah yang sering menggusarkan hati aku.

:'(

No comments:

Post a Comment