Kebahagiaan bukan mudah untuk dikecapi. Setiap rona kehidupan seseorang berbeza laluannya. Jika aku sudah pilih ini jalannya, aku harus teruskan. Setuju. Dari mulanya lagi sudah merasa kepahitan dan halangan yang bakal aku tempuhi. Tempoh setahun bagiku masih tidak cukup erti pengorbananku. Pernah menyoal diri, "Akukah ini? Sanggupkah kau? Sampai bila?". Kini masih mengharapkan sebutir berlian yang belum pasti milikku. Kedengkian, iri hati sudah timbul dalam diri. Melihat pelbagai kegembiraan dan keceriaan mereka menyentuh hati kecil ku. Cekalkah aku mengharungi satu lagi episod dalam hidupku? Masa-masa yang dilalui banyak mengajarku erti kehidupan sebenar. Dari Raja Penipu ke Para Malaikat. Dia? Ke arah mana yang harus aku tujukan? Banyak yang telah aku pelajari dari Dia. Banyak perangai pelik manusia yang telah aku ketahui. Ye. Dia banyak mengajarku. Namun, apakah ertinya aku dalam dirinya? Aku sendiri tidak pasti. Jika inilah ketentuan hidupku yang telah dirancang sejak azali. Aku pasrah. Cukuplah dengan rintihan, harapan dan kesabaran yang sudah menjadi sebati dengan diriku. Kini aku harus melangkah terus meneruskan kehidupan yang aku sendiri tidak pasti pasang surutnya. Jika Dia diutuskan kepadaku untuk membuka mata dan mindaku akan duniawi ini. Aku amat berterima kasih kepada yang Maha Esa. Namun aku masih tidak berjaya menjadi pembohong tegar. Aku masih menaruh harapan walaupun kemungkinannya hanya harapan. Sudah mengatur langkah seterusnya. Makin bijak dari pelbagai segi. Cuma satu. Satu sahaja yang masih tidak dapat dikawal. EMOSI Emosi jugalah yang membawa aku merangkap tulisan-tulisan ini disini. Emosi jugalah yang buat hidup aku huru hara- Emosi jugalah yang mengacau mindaku siang dan malam sehingga mental. Emosi...Emosi... Emosi...Jika Dia sedar akan kewujudanku dan tidak lagi hidup dalam dongengan. Akulah insan pertama yang sujud di kaki Mu.
well worded
ReplyDelete