Wednesday, November 11, 2015

little me

5.10.15

Aduh...sakitnya perut aku ni. Tulah malam tadi pergi melantak mangga berbesen-besen.

"B! Jom pergi klinik, sakit perut sangat ni, tak tahanlah". Seram sejuk badan aku tahan sakit. Cari ubat tahan sakit pun tak jumpa-jumpa.

"Haa..jomlah, pergi klinik 24 jam tu."

Doktor masuk pukul 8 am pulak. Aku dah tak tahan sangat ni.

"Ok. Jomlah kita pergi Az Zahrah."

Kenapalah lama sangat doktor ni nak panggil aku masuk.

OK, turn aku!

"Puan, kami dah check UPT Puan dan nampak clear double line (positive). Puan mengandung ni. Jom kita buat scan."

Aku dengar macam tak dengar je doktor tu cakap apa. Muka suami aku pun dah kaku terkejut macam apa entah. Eh jap! Aku pregrant???? Senyum tapi nervous.

"Eh betul ke doktor? Tapi saya punya period normal je. Tapi last month macam sakit sikit masa period tu."

"Takpe, kita check dulu ye. Hmm.. nampak dalam rahim ni kosong. Tapi dinding rahim Puan ni tebal. Yang spot hitam ni, tanda bleeding. Macam ectopic pregnancy ni. 

Spot hitam tanda bleeding


Bila dah doktor O&G sahkan memang octopic pregnancy, aku sedih, frust,emotinal. Nasib baiklah suamiku ada untuk mententeramkan aku. Aku terus pergi ke Hospital Putrajaya selepas Az Zahrah buat refer letter, dan aku kena operate hari ni juga takut akan memudaratkan aku sebab aku dah bleeding.

Tiba di Hospital Putrajaya, aku diperiksa sekali lagi untuk pastikan keadaan aku. Yang memeranjatkan aku...

"Puan punya UPT test ni negatif, dah 2 kali kami test. Macam mana Az Zahrah boleh kata Puan pregnant? Takpa, kami akan ambil darah Puan untuk buat HCG."

Lagilah aku sedih, aku ingat aku pregnant walaupun aku tahu baby tu tak dapat diselamatkan. At least, aku tahu aku boleh pregnant kan selepas 1 tahun 9 bulan aku kahwin. Tapi doktor kat sini kata UPT aku negatif pulak? Doktor Az Zahrah siap dah bagi result scan semuanya.

Tak lama lepas tu, doktor tu datang balik, dan keputusan HCG mengatakan aku pregnant. Dan sah aku ectopic pregnancy. Ya Allah, sungguh besar dugaan Mu ini. Tiub Fallopio belah kanan aku akan dibuang. Adakah harapan aku untuk hamil semula?

"Puan akan lalui pembedahan kecil (laparoscopy) pada hari ini juga ye. Puan kena mula berpuasa sekarang."

Masa tu dah lunch time, aku ingat aku last makan pukul 10 malam semalam tu pun dok melantak berbesen-besen mangga. Aku dah rasa sangat lemau, yelah dengan sakit yang dari pagi tadi sampai sekarang aku tidak diberikan apa-apa rawatan. Takpe, aku sabar.

Tepat jam 11 malam aku diusung ke OT untuk pembedahan laparoscopy selepas aku dimasukkan drip sejam sebelum tu. Yelah aku dah lembik, almost 24jam aku tak jamah apa-apa, minum pun tak.

"Puan, bangun Puan.." 

Aku mula sedar jam 2 pagi tu. Aku tak sedar apa-apa pun semasa pembedahan tu. Aku nampak suamiku di sebelah dan tanpa sedar aku mula menitiskan air mataku. Aku hampir menjadi seorang ibu. Emosiku betul-betul tertekan.

Doktor kata peluang untuk aku pregnant lagi sama macam orang normal yang ada 2 tiub. Aku tahu Dia ada perancangan terbaik untukku. Aku redha walaupun sudah sebulan lebih kejadian ini terjadi. Tidak aku nafikan aku sedih bila melihat orang lain bersama baby mereka. 

Sekarang aku mengambil supplimen untuk meningkatkan kesuburanku. Aku akan mencuba yang terbaik untuk pregnant semula.

Semoga rezekiku ada tak lama lagi. Amin. Mudah-mudahan.






No comments:

Post a Comment