Wednesday, March 28, 2018

Sedarah tak Sekubur

Serahim tak semestinya sedarah
Sedarah tak semestinya se-roh

Cerita maya lalu akhirnya tiba
Semestinya aku belum bersedia tempuh

Disuruh berkata...sunyi
Dibalas lidah...sunyi

Sedih sesuci umat menjadi nomad
Jiwa mana tidak bergegar jika kau sendiri tidak tahu arah tuju

Aduh... sekali lagi kau susahkan tangan tua itu

Pedang tajam kau hiris belum tentu tenang airnya
Masih waras kalau kau tidak mahu ia berkecai

Sabar hati
Sabar akal


Sunday, September 24, 2017

My Natural Milkbooster - Susu Meriah

My life as a fully breastfeeding working mom is not simple as that. Dalam pantang susu tak keluar. Almost 2 weeks breast bengkak, susu tak sampai 1 oz. Baby menangis lapar nak susu. Emosi tak stabil. But at the end I'm proud of myself! Hari ni genap 8 bulan aku berjaya susukan baby. Tu tak kira dengan susu drop, skip 1 session breast bengkak and sakit sangatttt! Soo.. through out my breastfeeding journey, aku nak share some milkboosters untuk susu meriah buat ibu-ibu yang senasib dengan aku dulu. Tapi, ikut orang jugak. Lain orang, lain badan, lain milkbooster nya. Kita kena try an error kan.

1.
Nasi
Nasi memang aku punya main milkbooster. Sebab tu penurunan berat badan aku sangat la tak memberansangkan. Tapi.. kita kena pilih, anak vs diri sendiri. So, bertabahlah ibu-ibu, 2 tahun je korang kena bertahan. Ada orang tu makan nasi pun boleh kurus sebab breastfeed tapi bukan aku ye.



2.  
Halba / Fenugreek
Next, halba. Selalu orang letak dalam masakan macam kari or menu berempah2. Yang ni cara nak minum, cara aku lah. Ambik sejemput, basuh dulu then rendam dalam air panas. Biarkan sekejap then boleh minum. rasa dia tawar and tak sedap. Tapi berkesan. Boleh beli dekat pasaraya tempat rempah2 tu. Aku selalu beli kat 99 speedmart je, dalam RM1 kot.



3. 
Susu Yogurt
Susu Yogurt ni aku selalu beli yang brand Marigold/ Bliss. Any flavour. Janji sedap. So, sedap la baby Ifti dapat minum susu ibu perisa yogurt. Yummyyyy! Tapi taklah hari-hari aku minum. Boleh tahan mahal dia. Hehehe



4.  
Horlicks Ho Ho Ho
Horlicks ni memang favourite aku. Memang  sedap! Baby Ifti pun aku rasa dia suka sebab perasan kalau aku minum Horlicks je mesti dia minum dengan banyak nya, Agaknya la. Lagi 1 susu korang akan pekat dengan lemak2 korang yang ada dalam badan tu. Bagus kan lemak kita pergi ke baby kita.



5.
Durian
Disebabkan aku ni hantu durian, aku sanggup mengadap durian ni sorang-sorang. Susu pun meriah tapi badan korang akan panas plus baby korang pun akan panas jugak. Kalau sekali sekala nak bagi baby rasa susu durian boleh la. Tapi jangan la selalu ye. Sian baby korang. Mak sedap layan durian, baby kepanasan.

OK. So far tu la milkbooster aku yang betul2 buat susu meriah. Tapi korang jangan lupa kena minum air kosong at least 3L sehari ok. andddd rajin2 direct feed baby and pam. Kalau macam aku bekerja, balik je kerja campak bag terus terkam baby sumbat susu. Kalau kat office korang pam la ikut time, macam aku selalu setiap 3-4jam pam walaupun ada sesetengah sesi ko akan dapat sikit, it's ok. Ingat supply and demand. Lagi kosong breast korang, lagi banyak susu akan di produce.


Thursday, May 5, 2016

Timbus Sang Cinta

Kosong...
Perit...
Sang pria masih dan masih di situ.
AKU? aku masih juga di sini.

Sejuta dekad walaupun tidak aku harap ia terjadi.
Suara hati tamak dengan perilaku di atas kanvas.

Bila masa akan berubah?
Hingga ke padang masyar?
Sanggupkah selama itu?

AKU terganggu...

Biar saja cinta itu pergi
Biar saja cinta itu mati

Ia bukan segalanya.

Kekalnya ia disitu.
Tidak AKU ganjak

060516

Wednesday, November 11, 2015

little me

5.10.15

Aduh...sakitnya perut aku ni. Tulah malam tadi pergi melantak mangga berbesen-besen.

"B! Jom pergi klinik, sakit perut sangat ni, tak tahanlah". Seram sejuk badan aku tahan sakit. Cari ubat tahan sakit pun tak jumpa-jumpa.

"Haa..jomlah, pergi klinik 24 jam tu."

Doktor masuk pukul 8 am pulak. Aku dah tak tahan sangat ni.

"Ok. Jomlah kita pergi Az Zahrah."

Kenapalah lama sangat doktor ni nak panggil aku masuk.

OK, turn aku!

"Puan, kami dah check UPT Puan dan nampak clear double line (positive). Puan mengandung ni. Jom kita buat scan."

Aku dengar macam tak dengar je doktor tu cakap apa. Muka suami aku pun dah kaku terkejut macam apa entah. Eh jap! Aku pregrant???? Senyum tapi nervous.

"Eh betul ke doktor? Tapi saya punya period normal je. Tapi last month macam sakit sikit masa period tu."

"Takpe, kita check dulu ye. Hmm.. nampak dalam rahim ni kosong. Tapi dinding rahim Puan ni tebal. Yang spot hitam ni, tanda bleeding. Macam ectopic pregnancy ni. 

Spot hitam tanda bleeding


Bila dah doktor O&G sahkan memang octopic pregnancy, aku sedih, frust,emotinal. Nasib baiklah suamiku ada untuk mententeramkan aku. Aku terus pergi ke Hospital Putrajaya selepas Az Zahrah buat refer letter, dan aku kena operate hari ni juga takut akan memudaratkan aku sebab aku dah bleeding.

Tiba di Hospital Putrajaya, aku diperiksa sekali lagi untuk pastikan keadaan aku. Yang memeranjatkan aku...

"Puan punya UPT test ni negatif, dah 2 kali kami test. Macam mana Az Zahrah boleh kata Puan pregnant? Takpa, kami akan ambil darah Puan untuk buat HCG."

Lagilah aku sedih, aku ingat aku pregnant walaupun aku tahu baby tu tak dapat diselamatkan. At least, aku tahu aku boleh pregnant kan selepas 1 tahun 9 bulan aku kahwin. Tapi doktor kat sini kata UPT aku negatif pulak? Doktor Az Zahrah siap dah bagi result scan semuanya.

Tak lama lepas tu, doktor tu datang balik, dan keputusan HCG mengatakan aku pregnant. Dan sah aku ectopic pregnancy. Ya Allah, sungguh besar dugaan Mu ini. Tiub Fallopio belah kanan aku akan dibuang. Adakah harapan aku untuk hamil semula?

"Puan akan lalui pembedahan kecil (laparoscopy) pada hari ini juga ye. Puan kena mula berpuasa sekarang."

Masa tu dah lunch time, aku ingat aku last makan pukul 10 malam semalam tu pun dok melantak berbesen-besen mangga. Aku dah rasa sangat lemau, yelah dengan sakit yang dari pagi tadi sampai sekarang aku tidak diberikan apa-apa rawatan. Takpe, aku sabar.

Tepat jam 11 malam aku diusung ke OT untuk pembedahan laparoscopy selepas aku dimasukkan drip sejam sebelum tu. Yelah aku dah lembik, almost 24jam aku tak jamah apa-apa, minum pun tak.

"Puan, bangun Puan.." 

Aku mula sedar jam 2 pagi tu. Aku tak sedar apa-apa pun semasa pembedahan tu. Aku nampak suamiku di sebelah dan tanpa sedar aku mula menitiskan air mataku. Aku hampir menjadi seorang ibu. Emosiku betul-betul tertekan.

Doktor kata peluang untuk aku pregnant lagi sama macam orang normal yang ada 2 tiub. Aku tahu Dia ada perancangan terbaik untukku. Aku redha walaupun sudah sebulan lebih kejadian ini terjadi. Tidak aku nafikan aku sedih bila melihat orang lain bersama baby mereka. 

Sekarang aku mengambil supplimen untuk meningkatkan kesuburanku. Aku akan mencuba yang terbaik untuk pregnant semula.

Semoga rezekiku ada tak lama lagi. Amin. Mudah-mudahan.






Monday, September 29, 2014

Double Trouble

Konon gagah perkasa je aku ni. Jentik sikit berjurai. Kalau dah namanya degil nauzubillah, otak kata terjun pun aku terjun. Dalam rasa kepala nak terbelah dua ni gagah aku pecut balik kampung halaman tercinta. ecehh.

Ayah, ada rumah tak?
Ada, kenapa? Nak ajak lunch ke?
Haa ye la tu. Ayah tunggu rumah. Kaklong nak balik ni.
Kau dah kenapa? Tak kerja ke hari ni? Tetibe je
Kerja tadi tapi dapat MC sebab demam tak larat.
Dah tu balik la rumah kau. Takyah datang sini
Alaa.. rasa nak balik la..Larat ni nak balik. Amboi macam tak kasi datang je
Rindu kat Ayah (OMG aku rasa macam segan pulak aku cakap direct macam tu)
.... Ok Ayah diam, Mungkin  dia rasa anak dia buang tebiat.

VVVVrrroooooommmmmmmmm

Ok angan2 bawak superbike sajoo..

Hui aku rindu life dulu tapi yang jahilliah tu idok lerr..
Freedom..diri aku sendiri..sunyi...sendiri..

Bukan tak happy dengan life sekarang, cuma terdetik rasa kehidupan sebelum ni.
Banyak suka duka dah aku telan.
Sekarang lebih matang.. Hmm rasanya..
Mula rasa duit tu mengalir macam air je. Kalau tak duk habiskan duit mak bapak..

Terima kasih la kepada jodoh ku.. susah senang bersama..gaduh happy.. nangis (aku sorang je la nangis, dia dok control macho je) 





Tuesday, June 3, 2014

Isabella, Ibu di sini

Senyum yang kau lihat, jujur aku katakan bukan ikhlas dari hati,
Senyum sekadar melengkapkan potret ceria, girang gembira,
Dalam hati menangis, meratap teruk,
Tekanan yang ku hadapi hanya aku yang tanggung, bukan orang di sekelilingku,

Ya Tuhan, hanya Kau yang tahu, memang aku merancang tapi Kau yang tentukan segalanya,
Namun aku tetap bersabar walaupun tiada lagi titisan butir kaca yang dapat aku keluarkan,
Aku tetap menanti, aku tetap di sini, aku masih berharap..ya masih,

Isabella, kau jangan risau ya. Ibu tetap menantimu disini.
Hanya bayangan jari-jari kecilmu yang mampu hadir dalam mimpiku
Hanya sayup tangis gelak tawamu yang mampu aku bayangkan

Kau di luar sana, ini bukan kehendak k
u,
Aku mahukannya. Sangat mahukannya,
Aku rela nyawaku tergadai untuk mendapatkannya,
Biar ia menjadi pengganti diriku jika aku tiada,

Aku masih menanti...

Bising Pekak

Kalau volume suara sudah tahap 10,
Gegendang dalam telinga pun boleh keluar dari habitatnya,
Bersenyap sunyi katanya alasan mengantuk,
Duduk diam-diam katanya alasan bosan,

Yesterday dari The Beatles...check!
Earphone...check!
Kopi pekat likat...check!
Bantal kecik letak belakang badan...check!
Sudah...pergi jauh-jauh...
Jangan kacau aku!

Oh..indahnya kalau begini...indahnya kalau begitu...
Kamon la beb, dah 3 tahun kot, mamat tu pun dah tak ingat kau dah.
Ahh..aku bukan ingat makhluk tu, aku ingat yang disebelah itu..
Cehh..buang karen...